Wednesday, October 3, 2012




Konsep Simpanan dan Perlindungan Secara Serentak
Melalui Etiqa Takaful



Anda pernah dengar tentang Takaful, tapi tidak begitu jelas?

Mari saya kongsikan bersama anda apakah sebenarnya yang dinamakan konsep takaful itu:
  • Takaful membawa konsep “Simpanan” dan “Perlindungan”.
  • Jika anda menyimpan wang di Bank, Tabung Haji mahupun ASB, kita hanya mempunyai simpanan (saving) sahaja.
  • Jika secara tiba-tiba diri kita ditimpa dengan musibah seperti kemalangan, kematian, di masukkan ke wad untuk jangka masa yang lama, diri anda atau waris anda hanya akan mendapat jumlah wang yang tersimpan dalam akaun-akaun yang disebutkan tadi mengikut jumlah setakat yang anda simpan selama ini.
  • Tapi, jika anda mempunyai akaun takaful, sekiranya ditakdirkan berlakunya musibah seperti yang dinyatakan tadi, pihak takaful akan memberi anda sejumlah wang (sebagaimana ditandatangani dalam kontrak).
  • Biasanya jumlahnya mencapai sehingga puluhan ribu RM yang akan diberi secara lump-sum kepada peserta yang mengambil polisi takaful tersebut tanpa menjejaskan simpanan mereka dalam akaun takaful tadi.
  • Anda boleh lihat, inilah yang dimaksudkan gabungan kedua-dua konsep iaitu menyimpan dan melindungi diri anda serta orang-orang tersayang anda dalam masa yang sama daripada kejadian yang tidak diingini dalam hidup anda.

Berikut adalah ringkasan perbezaan di antara menyimpan di dalam Bank, ASB atau pun Tabung Haji dengan menyimpan di dalam Etiqa Takaful.
SIMPANANELAUN WADTABUNG KEMALANGANPENYAKIT KRITIKALKEUNTUNGAN SIMPANANP. CUKAI & ZAKATKHAIRAT KEMATIAN
BANKXXXADAXX
ASBXXXADAXX
TABUNG HAJIXXXADAADAX
KWSPXXXADAXX
ETIQAADAADAADAADAADAADA
 

Akan Tetapi, Pasti Anda Akan Tertanya-tanya …

Bagaimana pula jika selama anda memiliki polisi takaful itu, tiada apa-apa musibah (inilah yang kita inginkan..InsyaAllah kita doa-doakannya bersama) yang berlaku terhadap diri anda?
  • Usah risau, wang yang selama ini anda simpan dalam akaun takaful anda tidak akan “hangus.” Anda boleh dapat pulangannya di dalam bentuk cash, sebagaimana anda menyimpan di dalam bank atau pun tabung haji. 
  • Anda masih akan diberi kemudahan untuk mengeluarkan sebahagian wang takaful anda sepertimana anda keluarkan wang dari bank atau tabung haji, jika anda memerlukannya.
  • Anda hanya perlu mengisi borang seterusnya Perunding Takaful anda akan uruskan segalanya untuk anda bagi memulangkan kembali wang anda.
 

Bukan Itu Sahaja Kelebihan Takaful Ni …

Bukan itu sahaja kelebihan-kelebihan yang bakal anda perolehi dengan memiliki polisi takaful yang seperti telah disebutkan di atas.
Anda turut akan mendapat 4 lagi jenis Manfaat tambahan khas untuk diri anda. Manafaat ini tidak mungkin anda perolehi sekiranya anda tidak mempunyai polisi Takaful. Mafaat-manfaat yang dimaksudkan adalah:
  1. Manfaat Hospital
  2. Manfaat Pampasan Kemalangan
  3. Manfaat Hospital dan Pembedahan (Kad Perubatan)
  4. Manfaat Penyakit Kritikal (36 jenis penyakit)
Untuk manfaat nombor 4, iaitu Manfaat Penyakit Kritikal (36 jenis penyakit), anda akan mendapat manfaat
 yang komprehensif jika setelah anda di diagnosis oleh pakar perubatan bahawa anda disahkan menghidap
mana-mana 36 jenis penyakit kritikal berikut:
  1. Penyakit Arteri Koronari
  2. Penyakit Arteri Koronari Yang Serius
  3.  Pengantian Injap jantung
  4. Pembedahan Aorta
  5. Kardiomiopati
  6. Ensefalitis
  7. Tumuo Otak Benigna
  8. Meningitis Bakteria
  9. Penyakit Neuron Motor
  10. Penyakit Parkinson
  11. Penyakit Aizheimer
  12. Poliomielitis
  13. Sklerosis Berbilang
  14. Sindrom apalik
  15. Lumpuh
  16. Koma
  17.  Hilang keupayaan Diri
  18. Hilang Perlihatan
  1. Hilang pendengaran
  2. Hilang pertuturan
  3. Kanser
  4. Anemia Aplastik
  5. Trauma Kepala Utama
  6. Luka Terbakar teruk
  7. Pemindahan Organ utama
  8. Kegagalan Buah pinggang
  9. Penyakit hati kronik
  10. Hepatatis Virus Fulminan
  11. Serangan jantung
  12. Angioplasti
  13. Hipertensi Pulmonari Arterial Primer
  14.  Pembedahan Otak
  15. Strok
  16. Lumpuh Paraplegia
  17. Penyakir paru paru kronik
  18. Distrofi otot


No comments:

Post a Comment